Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, March 17, 2009

sepetang bersama TPK

petang tu. TPK ym aku. dia cakap. dia nak bincang pasal utp league. sebab apa jadi teruk semacam musim ni. aku. yang memang tak berapa tau pasal bola ni. cuma boleh layan saja.

dia komen pasal post aku hari tu.

1. tentang pembatalan gol dan pengekalan kad tempohari. itu memang termaktub dalam peraturan FIFA. aku malas nak cari. google sendiri.

2. kita tak boleh nak buat apa pasal pengadil. sebab para pengadil tu memang pengadil yang dah ditauliah FAM untuk kawasan kita ni. kawasan parit. kalau kita nak guna pengadil dari kawasan lain. kita kena minta kebenaran mereka ni dulu. sebab ni kawasan mereka.

3. pengurusan utp league memang agak teruk. mungkin sebab kekurangan pengalaman. mengetahui PM (project manager) agak mengejutkan. tidak pernah dilihat berkeliaran di mana² perlawanan. (kalau ada. betulkan aku. terima kasih.)

***
secara konklusi. apabila difikirkan semula. memang pengadil² tu tak bersalah. elok saja dia adili permainan. pasal adik abang tu. aku tak ada komen. aku tak tengok semua perlawanan. tapi itu lebih baik daripada pengadil yang diambil dari kalangan pelajar utp sendiri. yang kurang pengalaman. yang akhirnya membawa kepada pengadilan yang berat sebelah.
berat kaw².
bagi pihak galacticos. semua ini tidak menjadi hal. asalkan perlawanan berjalan dengan lancar. kami mementingkan kualiti. dan permainan yang cantik. semoga utp league ini menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.
cheers.