aku buka laman blog utp league tadi. aku baca shout. shout kat situ lebih menggembirakan untuk dibaca. lebih profesional daripada shout di blog ni.
macam biasa. semua orang asyik cakap pasal pasukan masing². menggelar pasukan lain sebagai lubuk adalah lumrah. haha.
tapi. bukan isu tu yang aku nak cakap sekarang. aku nampak. ramai orang yang tidak berpuas hati. dengan pengadil.
isu² yang mereka tengah cakap sekarang:
1. adik pengadil perlawanan tu salah seorang pemain.
2. pemain yang kena kad merah pada perlawanan sebelumnya dibiarkan bermain.
3. pengadil batalkan perlawanan. batalkan gol. tapi kad dikekalkan. macam perlawanan Galacticos baru² ni.
4. pengadil buat² bengong dengan kesalahan yang berlaku di depan mata.
bukan isu pengadil saja yang dibicarakan. tapi. isu lain. seperti mempersoalkan kredibiliti penganjur UTP league. turut dibincang di situ.
1. tiada keberbaloian dalam menyertai UTP league kerana hadiah yang ditawarkan sangat tidak lumayan. untuk membayar wang jersi juga tidak cukup. haha. ya memang kita main untuk enjoy the passion of football. tapi kita kena mempertimbangkan isu² pengadil. macam kat atas tu.
aku bukanlah orang yang pandai dalam bola sepak. apatah lagi pengurusan majlis. tapi betul jugak kata orang² yang shout itu.
1. penganjur haruslah menyiasat latar belakang pengadil. jangan bagi suka² hati saja.
2. tak cukup duit nak bagi hadiah? penganjur kenalah pandai mencari penaja. event ni besar. takkanlah tak cukup menarik lagi kot?
3. kalau pengadil tu dah sedia gagal. tak perlu ambil mereka lagi. ataupun penganjur sudah buat kontrak sehidup semati dengan para pengadil tu ha?
4. penganjur kenalah belajar memperbaiki kesilapan lalu. feedback perlu dikumpul dan dianalisa untuk kesejahteraan bersama pada masa hadapan. bak kata papan tanda jalan. kesulitan sekarang adalah untuk kesenangan masa hadapan.
apa² pon. kita main bola sebab nak seronok. tak perlu gaduh². dan tak perlu pengurusan yang mengarut. haha.
majulah Galacticos!