Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, May 6, 2009

sesi temu duga untuk mencari pengurus baru.

ya. kita semua sedia maklum. pengurus besar galacticos fc. inche sopek @ saufi maldini @ mr.32 telahpun meletakkan jawatan beliau. yang disebabkan kekurangan 'syok factor' dalam pasukan.

oleh itu. jawatankuasa tertinggi pasukan yang tak boleh didedahkan identiti mereka. telah bersetuju. untuk mencari pengganti bagi beliau. butir² sesi temu duga adalah seperti berikut.

------------------------------------------------
tarikh : selepas final exam utp. bagi jawatankuasa tertinggi. mereka dah free pada hujung minggu depan.

tempat : bilik jawatankuasa tertinggi. kalau tak tau kat mana. pergi v2a-010 pon boleh.

masa : bila² free.

kod pakaian : menutup aurat. sopan. kemas. boleh memilih untuk berpakaian sukan ataupun kot. tuksedo pon boleh.


kriteria yang dicari² untuk seorang pengurus baru galacticos fc:

nama : tak kisah.

umur : tak kisah gak. janji boleh urus pasukan.

tempat tinggal
: lagi la tak kisah. janji boleh datang bila² yang patut.

keperluan asas
: mampu menguruskan pasukan dengan baik dari aspek disiplin. kerjasama. dan semangat setiakawan.

------------------------------------------------

anda boleh mula menghantar resume anda ke v2a-010 bermula dari sekarang. tak perlu tunggu kami hubungi anda. terus datang untuk sesi temu duga ek. kami memandang hadapan untuk melihat anda mengembangkan potensi pasukan. dan diri anda sendiri.

sekian. terima kasih.

Thursday, April 30, 2009

Farewell..

know ur strenght
know ur weakness
fully use ur strength, and turn ur weakness into strength..

and that's how to become a champion...

---------------------------------------------------------

quote di atas merupakan ak nye feveret...sgt feveret
sehingga ak mengaplikasikannye dlm proses ak mengurus galacticos..

mgkin ade sesetengah yg x puas hati dlm care ak manage team ni, formation team ni, 
ak mntk maaf la byk2...tp seriously, ape yg ak wt utk team ni jgk..

i wouldn't say i was the best manager in the business but i was in the top one

and one thing...

utk sume player galacticos, ak wish korg gud luck utk tournament yg akan datang...
n the most important thing, have fun when u play..

the reason i resigned from this team is because i don't feel the fun anymore...
football is suppose to be fun, you train with all your teammates
you play by involving ur teammates too...not individually
even if u don't like ur teammates, respect them
that's the fun in football...
and then, victory will come to you..



Friday, April 24, 2009

injured g

ni ak tmbah lagi senarai pemain yg injured...
x puas hati krn name die xde dlm blog..
xpe2...ak letak jgk laa..

zamil - ni kaki melecet akibat pkai but baru...
krol - ni mmg injured series...smpai nk tido pun pkai bandage..wtf?
amir - ni mmg laa..injured lame die, ak sruh wt pembedahan plastik xmo..

dah..tu je update terbaru 
sekian..



p/s: lg satu, match ditangguh pd hari ahad..

td azzuri dh duk jerit mntak rematch dh...korg dh ready blum nk menyahut cabaran diorg ni?
haha...

Tuesday, April 21, 2009

mayday! bad news for galacticos...

saje nk bgtau...
byk player galacticos yg mgkin x available utk match semi-final jumaat ni...


zahid 
krul
naqib
ooi
ijo
azahari - ni kecederaan misteri..jalan pun kengkang smcm



nmpknye tugas sukar menanti galacticos di semi-final nnt...

Friday, April 17, 2009

all the way through to the semi-final

haha. sangat poyo bila menggunakan bahasa inggeris untuk membuat tajuk entri kali ini. tapi. perlawanan peringkat suku akhir menentang pasukan gen06 yang baru tamat sebentar tadi memang mendebarkan.

pengurus telah membuat sedikit perubahan dalam formasi skuad untuk kali ini. perubahan kat mana? ha itu yang kita tak tahu. haha. adoi.

perlawanan berlangsung dalam keadaan yang aman. saling berbalas serangan. kehadiran penonton juga memberangsangkan. di mana kedua² pasukan membawa sebilangan penonton. yang memang memeriahkan suasana. tak kurang juga yang berpiknik. menonton sambil memakan keropok. ah.

untuk separuh masa pertama. terdapat sedikit percubaan dari kedua² pasukan. galacticos bersemangat bertahan. mengurangkan percubaan menyerang. dan ini membuatkan gen06 juga tidak dapat melakukan serangan.

namun. apabila masuk separuh masa kedua. zahid yang sememangnya cedera sebelum bermain telah dikeluarkan dan diganti dengan naqib. khairul otai sepakan percuma juga dimasukkan. ganti siapa ek. lupa dah. maaf.

serangan kedua pihak semakin ganas. through ball yang dihasilkan sangat berkesan. di sini kita dapat lihat kehebatan kapten alif membuat clearance yang berkesan setiap kali diperlukan.

namun begitu. tiada gol yang dihasilkan. memaksa perlawanan dibawa terus ke penentuan sepakan penalti. saat yang begitu cuak bagi semua pihak. terutama penjaga gol. bekeng.

dua² pasukan telah berjaya menghasilkan gol penalti yang mengelirukan penjaga gol.

suasana menjadi sedikit muram apabila percubaan naqib berjaya diselamatkan penjaga gol smsah yang berjersi nombor 1. namun. wakil gen06 yang seterusnya pula. telah menjadi david beckham. sepakan penalti yang tersasar. kemudian. bekeng pula berjaya menyelamatkan 1 percubaan.

kini semua beban jatuh kepada balang hilmi steveaustin_89. beliau yang terkenal dengan sepakan basikal beliau mula menimbulkan pertanyaan. adakah beliau akan membuat sepakan basikal lagi kali ini?

tidak.

balang mengambil langkah selamat. dia sepak bola gaya biasa. dan gaya biasa beliau sangat luar biasa bagi penjaga gol smsah. akhirnya. balang hilmi steveaustin_89 berjaya menjadi man of the match untuk hari ini.

dengan itu. galacticos fc berjaya meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir.

***

komen jurulatih. michal paan.

1. aku suruh turun training fitness hangpa tak mau. kan dah ramai injured. sakit pala aku.
2. balang memang man of the match.
3. kalau macam ni. boleh la aku main masa final nanti. yay~

Wednesday, April 1, 2009

Pesanan Ringkas Dari Pengurus

Assalamualaikum..
kpd semua player dan reader2 sekalian...

saje nk amik kesempatan utk menulis pesanan kpd anda semua..

ramai dah tau tentang kekalahan pasukan galacticos pd hari ini..

so, di sini ak nk meminta maaf kpd semua penyokong yg hadir..
sori krn x dpt menghadiahkan kemenangan kt korang sume...
bknnye ak xnk mnang...
tp team ni ade prioriti yg lain..
dan prioriti utk match ni ialah utk mengelakkan suspension dan injury...

tp ak dan player2 yg lain janji..
kitorg akan memberi usaha yg terbaik mggu dpan..
time match quarter-final nnt..

pd pemain yg dh asyik leka dgn kemenangan..
jadikan kekalahan ini sbg wake-up call utk kite semua...
rajin2 trun main kt pdang...
kite berlatih same2..
insyaAllah, kejuaraan tahun ini akan menjadi milik kite..


akhir kate drp aku..
lebih baik kalah arini..
drp kalah mggu dpan..

sekian, terima kasih krn membazirkan masa anda utk membaca post ini..

keputusan separa mengejut

hari ini. seperti yang telah dijanjikan. perlawanan ulangan. antara Galacticos FC dan ACE. yang ditangguhkan suatu ketika dahulu. telah berlangsung. perlawanan hari ini agak meriah. ramai penyokong atau pemerhati datang untuk mengimarahkan perlawanan. mungkin mereka mahu menebus kehampaan diri masing² setelah gagal menghadirkan diri untuk menonton perlawanan hebat Galacticos FC bertemu WHO. di mana Galacticos telah menang bergaya 4-2.

berikut disenaraikan barisan kesebelasan utama Galacticos FC untuk petang ini:

GK - bekeng
RB - ganu
CB - shak, alip (k)
LB - zamil
RM - naqib
CM - krul, ooi
LM - nizam
CF - pali, zahid

berdasarkan pengetahuan matematik bola sepak yang mendalam. pengurus pasukan. mr 32. dan jurulatih. micheal paan. telah memutuskan untuk cuba menggunakan formasi baru. lain dari yang lain. formasi ini mengabaikan gaya asal pemain galacticos. mereka hanya mahukan para pemain bergembira pada hari ini.

yeah. seperti yang dicongak. Galacticos FC berjaya menjalankan formasi 'main petang' mereka. namun begitu. barisan pertahanan memainkan peranan yang cemerlang. tidak bermain² sama sekali. haha. tapi. semua itu mula berubah. apabila shak melakukan terjahan ke atas seorang pemain ACE yang kita tak teringin nak tau nama dia. dalam kotak penalti. menyebabkan. pengadil terpaksa. melayangkan kad kuning kepada beliau.

ACE pun dah tau. tak akan dapat peluang macam ni dah. mereka berjaya mendummy bekeng.

0-1

Galacticos FC mula bermain secara serius. begitu juga ACE. entah macam mana tah. ooi boleh jaringkan gol penyamaan. tak lama lepas tu.

1-1

akibat kealpaan. dan kerilekan melampau mungkin. benteng pertahanan terbocor. dan ACE berjaya mendahului. gol tu tak cantik sangat. oh ruginya.

1-2

selepas itu tamat separuh masa pertama.

ketika rehat. pengurus dan jurulatih mula membincangkan sedikit strategi baru. dengan harapan untuk kekal enjoy dalam perlawanan. beberapa pertukaran permain telah dilakukan.

pertukaran yang paling menarik perhatian adalah pasangan yoe dan balang. kemasukan mereka disambut dengan sorakan gemuruh. di mana balang mencuba posisi baru. left winger. mereka membalas sorakan itu dengan bermain dengan sangat baik.

kerjasama terbaik mereka berlaku apabila yoe telah menghantar satu cross yang cantik. dan balang hampir menjaringkan gol. bukan gol biasa. bicycle kick. namun timing balang. dan jenis hantaran yoe. sedikit tidak kena. lalu balang gagal menyempurnakan jaringan beliau itu.

permainan berterusan hingga ke akhir perlawanan.

Galacticos FC 1. ACE 2.

walaupun tewas. namun berkat kebijaksanaan pengurus. dan jurulatih. dalam subjek matematik bola sepak. Galacticos FC berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya.

sekian dari saya. yang lain pengurus akan tolong update kan. terima kasih. haha