Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, April 1, 2009

keputusan separa mengejut

hari ini. seperti yang telah dijanjikan. perlawanan ulangan. antara Galacticos FC dan ACE. yang ditangguhkan suatu ketika dahulu. telah berlangsung. perlawanan hari ini agak meriah. ramai penyokong atau pemerhati datang untuk mengimarahkan perlawanan. mungkin mereka mahu menebus kehampaan diri masing² setelah gagal menghadirkan diri untuk menonton perlawanan hebat Galacticos FC bertemu WHO. di mana Galacticos telah menang bergaya 4-2.

berikut disenaraikan barisan kesebelasan utama Galacticos FC untuk petang ini:

GK - bekeng
RB - ganu
CB - shak, alip (k)
LB - zamil
RM - naqib
CM - krul, ooi
LM - nizam
CF - pali, zahid

berdasarkan pengetahuan matematik bola sepak yang mendalam. pengurus pasukan. mr 32. dan jurulatih. micheal paan. telah memutuskan untuk cuba menggunakan formasi baru. lain dari yang lain. formasi ini mengabaikan gaya asal pemain galacticos. mereka hanya mahukan para pemain bergembira pada hari ini.

yeah. seperti yang dicongak. Galacticos FC berjaya menjalankan formasi 'main petang' mereka. namun begitu. barisan pertahanan memainkan peranan yang cemerlang. tidak bermain² sama sekali. haha. tapi. semua itu mula berubah. apabila shak melakukan terjahan ke atas seorang pemain ACE yang kita tak teringin nak tau nama dia. dalam kotak penalti. menyebabkan. pengadil terpaksa. melayangkan kad kuning kepada beliau.

ACE pun dah tau. tak akan dapat peluang macam ni dah. mereka berjaya mendummy bekeng.

0-1

Galacticos FC mula bermain secara serius. begitu juga ACE. entah macam mana tah. ooi boleh jaringkan gol penyamaan. tak lama lepas tu.

1-1

akibat kealpaan. dan kerilekan melampau mungkin. benteng pertahanan terbocor. dan ACE berjaya mendahului. gol tu tak cantik sangat. oh ruginya.

1-2

selepas itu tamat separuh masa pertama.

ketika rehat. pengurus dan jurulatih mula membincangkan sedikit strategi baru. dengan harapan untuk kekal enjoy dalam perlawanan. beberapa pertukaran permain telah dilakukan.

pertukaran yang paling menarik perhatian adalah pasangan yoe dan balang. kemasukan mereka disambut dengan sorakan gemuruh. di mana balang mencuba posisi baru. left winger. mereka membalas sorakan itu dengan bermain dengan sangat baik.

kerjasama terbaik mereka berlaku apabila yoe telah menghantar satu cross yang cantik. dan balang hampir menjaringkan gol. bukan gol biasa. bicycle kick. namun timing balang. dan jenis hantaran yoe. sedikit tidak kena. lalu balang gagal menyempurnakan jaringan beliau itu.

permainan berterusan hingga ke akhir perlawanan.

Galacticos FC 1. ACE 2.

walaupun tewas. namun berkat kebijaksanaan pengurus. dan jurulatih. dalam subjek matematik bola sepak. Galacticos FC berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya.

sekian dari saya. yang lain pengurus akan tolong update kan. terima kasih. haha